Selepas
try pelbagai versi resepi donat 🍩 dari youtube & google, akhirnya sis berjaya
dapatkan resepi donat yang paling best~ orang putih kata, the ultimate recipe
gituuu
Sis dah guna resepi ni 3 kali, first time memang menjadi gebu
gebas donat tuu.😋. kali
kedua buat tak berapa nak gebu sebab yis tak berapa naik.😓. Tapi kali ketiga gebu betholl 😍😘 . Well, third time is the
charm, right?? Hehehe
Moh le kite membuat donat yee akak-akak semuaa
BAHAN-BAHAN: (dough starter)
·
2
Sudu Besar (1paket) Serbuk Yis Segera
·
6
Sudu Besar Gula
·
1
Cawan Air Suam
·
3
Sudu Besar Susu Pekat
Campur semua bahan kat atas ni sampai sebati, then rehatkan
dalam 30 minit gitu, sampai yis tu naik. Kalau yis tak naik means yis tu tak
segar, maka tak menjadi la donat nanti..
Lebih 30 minit pun takpe, yang pasti yis tu kena naik,
OK?!!
Kemudian, dalam mangkuk atau bekas yang besar, campurkan
bahan kat bawah ni pulak
·
2
Sudu Besar Marjerin
·
4
Cawan Tepung Gandum
Gaul dengan tangan je, ✋ make sure ketulan marjerin tu semua
sebati dengan tepung.
Then boleh gradually masukkan campuran yis tadi ke dalam
tepung kita. Masukkan sikit-sikit, uli then masukkan lagi & ulang sampai
habis yis tu.
Teruskan menguli doh tu sampai dia dah tak melekat kat tepi
mangkuk dan kita boleh buat satu bola doh yang comell. This process take time
dalam masa 5 minit gtu lah kot, just trust the process.. ☝
Even kalau mula-mula tu rasa doh macam terlalu basah ke,
jangan tambah tepung ehh!! JANGAN SESEKALI YEE 😣
🙊#tips rahsia: uli pakai sebelah tangan je. Tangan sebelah
lagi tu buat pegang mangkuk, tak payah uli atas meja, sis uli doh merata, kat
dapur la, depan tv laa hahaha
Dah siap uli jadi bola comel, tutup dengan kain dan
rehatkan selama 30 minit. atau boleh guna penutup bekas, tapi jangan tutup rapat,
nanti meletup 💨 bekas tu bila doh naik.. yee sis dah ada pengalaman
Selepas 30 minit, doh akan naik dengan jayanya. Sekarang kita
dah boleh bentukkan donat ikut cita rasa masing-masing. Nak buat bentuk donat biasa
pun boleh, nak buat donat pulas-pulas supaya ada tekstur sikit pun boleh, nak
buat donat pintal macam kkwabaegi (twisted Korean donut) pun boleh.. masa ni
boleh lah ajak budak-budak kecik buat sekali, mesti diorang suka..
Dah siap bentukkan sampai habis doh tu, kita kena rehatkan
lagi 15 minit. Jangan lupa tutup sikit donat tu, sebab kita tak nak dia jadi
kering.
Last step, donat yang terbentuk tu akan naik sikitt then
dah boleh goreng atas api sederhana. Jangan guna api besar sangat sebab dia
cepat hangit.
Dah siap goreng boleh la letak topping; gula, snow powder⛄,
chocolate🍫, sugar glace..
RINGKASANNYA:
§ Buat campuran yis (dough starter),
§ Rehatkan 30 minit
§ Buat campuran tepung dan marjerin, masukkan campuran yis
§ Uli sampai tak melekat (dalam 5 minit)
§ Rehatkan doh 30 minit
§ Bentukkan donat jadi ring
§ Rehatkan lagi 15 minit
§ Goreng & letak topping
SIAP 🍩
No comments:
Post a Comment